Peristiwa Bencana Stadium Kanjuruhan

Sepanjang perlawanan itu sendiri, keadaan keselamatan berjalan lancar, tanpa insiden besar.[13] Selepas tamat perlawanan dengan Persebaya menang 3–2, kira-kira 3,000 orang penyokong Arema FC menceroboh padang.[14][15]

Penyokong Arema, digelar Aremania, membaling objek, merosakkan kenderaan polis, dan memulakan kebakaran di stadium.[14] Pemain Persebaya terpaksa bersembunyi di dalam kenderaan berperisai polis selama sejam sebelum meninggalkan stadium.[13] Pihak polis bertindak balas dengan menggunakan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan Aremania. Keadaan bertambah buruk selepas keadaan angin sekitar memerangkap gas pemedih mata di stadium, menyebabkan penyokong Arema FC sesak nafas ketika menceroboh padang.[14] Menurut polis, gas pemedih mata itu menyebabkan penyokong Arema bergegas ke pintu keluar tunggal, mengakibatkan rempuhan dan sesak nafas.[9]

Sejurus selepas rusuhan itu, lobi pemain dan bilik persalinan digunakan sebagai pos pemindahan sementara, dengan pemain dan pegawai Arema membantu memindahkan mangsa yang masih berada di stadium sebelum mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan trak Angkatan Darat Tentara Indonesia.[14]

Rujukan

WikiPedia: Bencana Stadium Kanjuruhan http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... https://www.astroawani.com/berita-dunia/rusuhan-st... https://www.astroawani.com/berita-dunia/rusuhan-st... https://www.astroawani.com/berita-dunia/rusuhan-st... https://www.astroawani.com/berita-dunia/tragedi-st... https://www.beritasatu.com/bola/983947/sepak-bola-... https://www.beritasatu.com/news/984101/ahmad-sahro... https://www.bolasport.com/read/313495482/arema-fc-... https://www.bolasport.com/read/313505708/memilukan... https://www.cnnindonesia.com/internasional/2022100...